Lafazkanlah Alhamdulillah…ucapkanlah syukur kepadaNya…Berikanlah penghargaan kepada yang sepatutnya.
Alhamdulillah…..akhirnya selesai juga last paper ana, Sains Kejururawatan 2…Ana dah cuba sedaya upaya dan telah berusaha sebaik mungkin, sekarang ana hanya tawakkal kepadaNya. Hanya Dia yang berkuasa menentukan baik buruk bagi ana….
Macam tak percaya je yang ana dah habis exam..pejam celik pejam celik, dah lama rupanya ana tak balik kampung…Mmm….rindu sangat2 dengan keluarga dan sahabat/iah yang jauh di mata. Tapi apa boleh buat, ana tetap tak balik untuk cuti sem ni..ana dah buat perancangan, cuti sem ni dan sem depan ana tak balik…insyaAllah awal tahun depan baru ana balik kampung…banyak sebab kenapa ana buat perancangan macam ni…inilah lumrah kehidupan anak perantau…apa-apa pun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan..kerana hanya Dialah sebaik-baik perancang….(^_^)
Sebelum habis exam, asyik terfikir kalau boleh nak habiskan exam cepat. Tapi…….bila dah habis exam, rasa macam nak bagi lambat pulak masa....takut nak tengok result. Dasar manusia, tak pernah rasa puas hati dengan apa yang ada, asyik nak merungut je…..ish3……Astaghfirullahalazim… Setiap satu paper tu ada yang ana baca masuk, tapi malangnya ana tak cukup fokus terhadap semua tu dan bertambah lagi semasa exam tu ana menjadi semakin gelabah. Fikir keluarga lagi…cuti lagi..praktikal lagi..program lagi…dan macam-macam lagi… Tapi tak apalah…mungkin Allah nak balas dosa-dosa ana yang lalu. Semoga neraca sebelah kiri ana menjadi lebih ringan, insyaAllah…….
Ana terkenangkan exam yang telah berlalu (ceh…baru je habis tadi..hehe), sebenarnya exam ni ‘penyakit nikmat’. Maksud ana, kerana kita nak nak exam esok, malam ni kita kena pulun buat revision. Segala benda lain yang kita nak buat semuanya menjadi terhalang. Kalau ana sendiri, ana rasa tak senang nak buat kerja lain sebab teringatkan exam je. Inilah padahnya bila nikmat masa tak digunakan sebaik mungkin…masa lapang terlalu banyak dibuang begitu sahaja..ana teringat dengan satu pepatah arab, ركود الماء يفسده فراغ الشاب يقلته yang maksudnya, “statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang dia) akan membunuhnya”…dalam warkah cintaNya ada juga diigatkan tentang masa, “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” [Surah al-‘Asr : 1-3].
Tapi, Alhamdulillah…exam ni tak menyekat ana untuk buat amal ibadah juga…Alhamdulillah..rutin ibadah seharian ana tak mengganggu pun ana nak menelaah. Lebih-lebih lagi kita sebagai mahasiswa/i Islam. Sepatutnya kena sentiasa bersedia walau apa keadaan sekali pun.
Siapa kata kita tak boleh nak buat benda lain kalau kita exam??? Betul tak?? Sebenarnya exam pun satu ibadah yang ada penilaiannya jika kita niatkan ikhlas kerana Allah SWT. Bukankah kita nak jadi golongan islamik yang professional? Jadi….tepuk dada jangan tanya nak jamah apa makan malam nanti…sebaliknya tanyalah iman dan minda kita, apa persediaan yang telah kita buat untuk semua itu…. Bila rasa tak semangat tu cepat2 la dengar lagu ni yang ana tujukan khas buat sahabat/iah semua…♫♪ umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam..jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh, kita ada Allah Maha Kuasa…kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata…siapa kata kita tidak boleh…♫♪
Semoga kejayaan milik kita semua….selamat menjalani praktikal dan selamat bercuti kepada semua sahabat...(^_^)
No comments:
Post a Comment