Wednesday, April 21, 2010

Imtihan oh imtihan……..

Rasanya sudah lama ana tak update blog ana ni. Sibuk sangat nak dekat-dekat exam ni..tapi tak tau lah rasa macam sem ni lagi letih sangat..yela, orang lain 2-3 minggu nak exam senyap dah…takde dah assignment2 ni…kitorang time2 ni lah assignment belambak kena bagi…ish3…

Aik?? Ana mengeluh ke ni?? Ye kot…sikit2 lah….hehe….

Astaghfirullahalazim…

Terdapat beberapa orang pensyarah jabatan yang terlibat dalam pemilihan soalan. Dia tahu tahap level kitorang ni macam mana. Mungkin dia tahu yang soalan yang dipilih oleh lembaga tu susah bagi kitorang. Sebab tu dia bagi assignment yang banyak last2 minit nak exam ni…untuk kebaikan kitorang jugak dapat cover exam nanti dengan carry mark daripada assignment2 tu….husnuzon lah…(^_^)

Rasa takut plak bila difikirkan semula..soalan susah????mmmmm…..

Boleh ke ana survive untuk imtihan kali ni ya?? Dua semester sudah berlalu dengan result exam yang memuaskan bagi ana..mampukah ana kekalkan CGPA ana???

Apa perlu ana lakukan?? ………..STUDY………..(^_^)

Solat merupakan tiang agama. Solat juga merupakan paksi kejayaan dan teras kehidupan. Manakala study atau menuntut ilmu merupakan senjata kita berhadapan dengan masyarakat yang lebih kompleks dan dunia pendidikan. Tetapi kaedah study yang bagaimanakah penentu kejayaan diri, pengukur kematangan dan nilai intelek seseorang?

Jika ditafsir dan diterjemah perkataan ‘STUDY’ mengandungi makna yang tersirat, iaitu Solat, Tawakal, Usaha, Doa dan Yakin. Jika 5 perkara ini sempurna dan syumul, maka insyaAllah kejayaan dalam genggaman kita. Berikut merupakan teknik pembelajaran. Semoga ianya berguna dan dapat kita sama-sama amalkan agar generasi yang bakal menerajui kepimpinan Islam akan lahir kelak insyaAllah…

1. Niat (kerana Allah SWT)

2. Kebersihan diri

· Mandi menjamin keselesaan

3. Tempat study

· Meja menghadap kiblat

4. Berjemaah

· Muslimat mesti ramai

· Muslimin mestilah sedikit

5. Berwuduk

· Sebelum memulakan study

· Sebagai benteng daripada anasir luar

· Sebagai pendinding, mudah beri tumpuan

6. Toma’ninah

· Berhenti seketika (10 minit)

· Hilangkan stress dan mengantuk

· Dengan cara mengambil angin, minum atau melihat pemandangan

7. Tertib

· Belajar membudayakan peperiksaan

· ½ jam pertama sahaja ilmu akan masuk

· Belajar dengan disiplin, tiada makan dan minum

8. Berdoa

· Selalu berdoa dan tambah usaha untuk subjek yang tidak diminati

· Teruskan usaha untuk subjek yang diminati

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang akan menghadapi imtihan akhir semester ni, semoga kejayaan dalam genggaman kita…jujurlah dalam mendudukinya, kerana Allah SWT itu Maha Melihat…biarlah kita gagal dalam kemuliaan, jangan kita berjaya dalam kehinaan…gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya…

"Man jaddah wa jada, Man dzaro'a hashoda"....STUDY!!!!...selamat menempuh imtihan, semoga najah kita semua...salam perjuangan…..(^_^)

No comments:

Post a Comment

Photobucket

Doa Mohon Istiqamah Dalam Taat & Beribadat

Doa Rasulullah SAW di akhir solat, sebelum salam:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari sebarang jenis dosa dan bebanan hutang.”


Doa memohon agar ditetapkan iman



يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”


Doa memohon agar terus beristiqamah



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.


Doa Mohon Tetapkan Pendirian



اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآَخِرَةِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, Teguhkan aku dengan perkataan yang teguh di dunia (La ilaha illallah) dan di akhirat (sewaktu disoal dalam kubur)


اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Photobucket

Followers


وَاصبِر نَفسَكَ مَعَ الَّذينَ يَدعونَ رَبَّهُم بِالغَدوٰةِ وَالعَشِىِّ يُريدونَ وَجهَهُ ۖ وَلا تَعدُ عَيناكَ عَنهُم تُريدُ زينَةَ الحَيوٰةِ الدُّنيا ۖ وَلا تُطِع مَن أَغفَلنا قَلبَهُ عَن ذِكرِنا وَاتَّبَعَ هَوىٰهُ وَكانَ أَمرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨

Maksudnya : “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”


Surah Al-Kahfi : 28



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ

Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Surah Al-Hujurat : 13


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٌ۬ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٍ۬‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”

Surah al-Hasyr : 18

Photobucket
Photobucket