Wednesday, March 24, 2010

KAMIE 2010 ~ "Pemimpinkah Aku??" ~

Selepas solat Isyak hari pertama program, peserta dihidangkan dengan ucaptama daripada YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah yang bertajuk ‘Pemimpinkah Aku?’. Melalui ucaptama beliau, antara isi-isi yang boleh dikongsikan di sini adalah tentang bagaimana proses tarbiyyah kepimpinan itu berlaku.

Tarbiyyah kepimpinan sebenar adalah bermula dari rumah lagi. Setiap pemimpin perlu sedar yang diri adalah pemimpin dan ia perlu hadir dalam hati setiap individu serta mengambil pengajaran melalui sirah nabi. Melalui sirah Rasulullah SAW, antara yang perlu kita ambil pengajaran adalah perlunya kita menjaga ukhuwah yang ada diantara kita dengan bapa saudara.

Hal ini kerana, kita dapat lihat sendiri dimana proses tarbiyyah kepimpinan Rasulullah SAW sendiri juga melalui didikan bapa saudara baginda iaitu Abu Talib. Sejak kecil, baginda dilatih dengan berbagai peralatan senjata seperti memanah dan sebagainya sehingga baginda menjadi seorang pemanah yang paling hebat dalam sirah. Melalui kisah nabi Yusuf a.s pula, kita dapat lihat bagaimana nabi Yusuf belajar menguruskan kewangan ketika beliau menjadi budak suruhan di dalam istana Umar bin Abdul Aziz dan akhirnya beliau menjadi menteri kewangan yang paling cekap dalam sejarah dunia.

Jelaslah di sini bahawa tarbiyyah dan ilmu lah yang membentuk umat Islam sehingga berjaya menakhluki satu pertiga dunia dalam pemerintahan Islam pada suatu ketika dahulu. Dan dalam perjalanan mencari ilmu itu kita perlulah bersabar. Ramai dalam kalangan pemuda zaman sekarang bukanlah tidak berilmu tapi tiada kesabaran. Ilmu pula adalah diperolehi melalui proses pentarbiyyahan sejak kecil lagi. Pentarbiyyahan sejak kecil pula adalah melalui dunia kehidupan yang sebenar.

Kajian menunjukkan bahawa di barat, dunia pendidikan awal bagi kanak-kanak mereka adalah kehidupan sebenar. Mesti kita tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan pendidikan kehidupan sebenar??

Di barat, kanak-kanak mereka didedahkan dengan realiti, bukan plastik! Apa yang dimaksudkan di sini adalah proses pendidikan kanak-kanak tersebut adalah melalui barang-barang yang ‘real’ bukan permainan plastik. Seperti kita, mereka juga didedahkan dengan alat permainan seperti pinggan mangkuk yang juga merupakan permainan kita sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.

Tapi bezanya di sini adalah, alat permainan kanak-kanak tersebut adalah bahan yang ’real’, jika pinggan atau gelas, ia adalah kaca sebenar, jika pisau, ia adalah pisau sebenar, jika tukul, ia adalah tukul sebenar. Cuma..ianya lebih kecil dari saiz sebenar. Berbeza dengan kanak-kanak kita, semuanya plastik. Jadi mereka mula belajar atau mengenali sesuatu adalah melalui dunia plastik. Mereka kenal apa itu pinggan atau gelas tapi ianya plastik yang boleh mereka baling, ketuk, hempas dan sebagainya tanpa berasa khuatir yang ianya akan pecah.

Oleh itu apabila mereka berhadapan dengan realiti atau barang sebenar, pinggan atau gelas sebenar yang diperbuat daripada kaca, mereka menganggap benda tersebut adalah plastik dan kemudian akan memperlakukannya juga seperti plastik.

Jadi……..tidak hairanlah berapa banyak kali telinga kita kena pulas dengan mak kerana memecahkan pinggan, mangkuk dan gelas kaca serta berapa ‘dozen’ yang berhasil kita pecahkan sewaktu kecil dahulu. Sama-sama kita renung kembali zaman kanak-kanak kita….(^_^)

Masuk awal alam persekolahan pula mereka didedahkan dengan suasana pendidikan yang juga besifat realiti. Contohnya, di dalam hutan cikgu berkata, “..murid2, ini cacing…” sambil menunjukkan cacing sebenar. “..murid2, ini kumbang…” sambil menunjukkan kumbang sebenar.

Tapi apa yang berlaku dengan kanak-kanak kita adalah sebaliknya. Di dalam kelas cikgu berkata kepada murid-muridnya, “…murid2, ini cacing…” sambil menunjukkan gambar cacing. “…murid2, ini kumbang…” sambil menunjukkan gambar kumbang. Jadi apa yang akan berlaku apabila kanak-kanak ini berhadapan dengan haiwan-haiwan ini dalam kehidupan yang sebenar? Fikirkan, kita tahu jawapannya...

Jadi dapat kita lihat disini perbezaan pendidikan kanak-kanak di barat dan juga kanak-kanak kita. Dunia sebenar dibandingkan dengan dunia plastik dan gambar.

Ana bukanlah bermaksud hendak mempertikaikan pendidikan yang digunapakai dalam sistem pendidikan di tempat kita dan sebaliknya mengagungkan sistem pendidikan di barat pula. Tidak perlulah sehingga kita mengambil langkah drastik dengan memberikan benda ‘real’ seperti pisau, pinggan dan gelas kaca atau tukul yang sebenar kepada kanak-kanak sebagai permainan mereka berdasarkan apa yang ana perkatakan tadi. Bukan begitu yang ana maksudkan.

Apa yang perlu di sini adalah kita perlu mengambil pengajaran melalui sistem pendidikan mereka yang juga merupakan sistem pentarbiyyahan di dalam sirah nabi suatu ketika dahulu. Kita perlu sedar bahawa pendidikan sebenar yang terbina sejak dari kecil adalah kehidupan sebenar dan bukan kehidupan plastik! Renungkan….

Bersambung lagi…………('',)

No comments:

Post a Comment

Doa Mohon Istiqamah Dalam Taat & Beribadat

Doa Rasulullah SAW di akhir solat, sebelum salam:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari sebarang jenis dosa dan bebanan hutang.”


Doa memohon agar ditetapkan iman



يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”


Doa memohon agar terus beristiqamah



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.


Doa Mohon Tetapkan Pendirian



اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآَخِرَةِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, Teguhkan aku dengan perkataan yang teguh di dunia (La ilaha illallah) dan di akhirat (sewaktu disoal dalam kubur)


اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Followers


وَاصبِر نَفسَكَ مَعَ الَّذينَ يَدعونَ رَبَّهُم بِالغَدوٰةِ وَالعَشِىِّ يُريدونَ وَجهَهُ ۖ وَلا تَعدُ عَيناكَ عَنهُم تُريدُ زينَةَ الحَيوٰةِ الدُّنيا ۖ وَلا تُطِع مَن أَغفَلنا قَلبَهُ عَن ذِكرِنا وَاتَّبَعَ هَوىٰهُ وَكانَ أَمرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨

Maksudnya : “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”


Surah Al-Kahfi : 28



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ

Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Surah Al-Hujurat : 13


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٌ۬ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٍ۬‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”

Surah al-Hasyr : 18