
Wahai muslimah sekalian..
Masih ingatkah kita..
Rasulullah SAW pernah membri peringatan..
"Wahai kaum wanita, bersedekahlah..dan banyakkan beristighfar..kerana sesungguhnya,aku mengetahui bahawa kamu golongan yang banyak sekali antara AHLI NERAKA"
(HR Bukhari dan Ibn Majah)
Kita memerhati di luar sana..
Melihat muslimah seakan-akan lupa pada peringatan Rasulullah SAW ini..berapa ramaikah di kalangan kita masih belum mengenakan tudung?
Berapa ramaikah di kalangan kita bertudung tetapi..masih nipis, singkat dan mendedahkan dada?
Berapa ramaikah di kalangan kita bertudung sempurna tetapi..masih memakai sendat, mendedahkan lengan dan kaki?
Berapa ramaikah di kalangan kita berlebih-lebihan dalam perhiasan..masih meragui keindahan ciptaan asli oleh Allah?
Berapa ramaikah di kalangan kita bermanja-manja suara dengan lelaki selain keluarga?
Wahai muslimah sekalian..
Masih ingatkah kita akan peringatan Rasulullah SAW?
Megapakah kita tidak patuh..tanpa kepatuhan, kita dikira mendustakan usaha Nabi!
Pendustaan adalah penghinaan dan berpeluangkah wanita tidak patuh dan ingkar mendapat rahmat dan syafaat Baginda?
Wahai suami dan ayah, jauhi sifat dayus dan laksanakan tugasmu..pastikan aurat muslimahmu terplihara..
"Dunia ini penuh perhiasan, dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah" (HR Bukhari)
Wanita yang disayangi...adalah pencinta Tuhannya...yang mengalir cinta, takut dan harap...yang menguasai perjalanan penghidupannya...dari waktu ke waktu....dari hari ke hari....sehingga perjalanan di antara jasad dan nyawanya berakhir...
Wanita yang dirindui...adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur Ilahi...lidahnya basah dengan zikrullah...di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah....
Wanita yang dicintai...adalah wanita yang menutup auratnya dari pandangan mata ajnabi...kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya..di sanjung tinggi penduduk langit dan bumi..
Wanita yang diimpikan...adalah wanita yang mendekatkan hatinya yang telah jauh kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim...di saat orang lain dilamar kebendaan..
Wanita yang dikasihi...adalah wanita yang bersyukur dengan apa yang ada...yang bersabar pada yang tiada...cinta pada hidup yang sederhana...yang tidak bermata benda...
Wanita yang disukai...menjadi dian pada dirinya sendiri...menjadi pelita untuk putera-puterinya yang bakal dilahirkan untuk menyambung perjuangannya di belakang hari....
Jadilah wanita seperti PERMATA di dalam KACA..kerana hanya orang yang benar-benar mampu sahaja boleh memilikinya...janganlah jadi seperti EMAS, kerana walaupun BERHARGA, namun ramai yang MENYENTUHNYA sebelum ia di PERDAGANGKAN..
Buat renungan kita bersama...wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment