“…Uhukk…uhukk….hukk…….” pagi itu Zahrah bangun lewat sedikit dari kebiasaannya. Mungkin kerana keletihan semalam. Batuk yang dihidapinya tiap malam itu masih juga tidak berkurang.
“…Astaghfirullahalazim…..nasib baik aku ‘cuti’…kalau ndak mesti subuh gajah sudah ni…” dia bingkas bangun dan duduk di birai katilnya. Dia merenung lantai di hadapannya.
“..mmm..bilalah batuk ni mau surut agaknya…..” dia menarik nafas panjang.
“Ya Allah, setinggi-tinggi puji dan syukur aku panjatkan kepadaMu kerana masih lagi meminjamkan aku hembusan nafas ini…Kau ampunkanlah segala dosa kedua orang tuaku dan dosa-dosaku….aminn…” Zahrah menekup mukanya. Tanpa dia sedari telapak tangannya basah. Mutiara jernih itu mengalir lagi.
“Kamu menangis lagi Zahrah………?” Sufi berbisik di telinganya.
“Ya Sufi, aku teringat mama dan bapa…aku risau diorang sakit…..” Zahrah meluahkan rasa bimbangnya. Dia teringat kembali saat dia menghubungi ibunya beberapa bulan yang lepas. Waktu itu ibunya baru sahaja mendapatkan rawatan dari salah sebuah klinik swasta yang ada di kawasan bandar yang terletak tidak jauh dari kampung halamannya.
“ Doktor cakap mama kena serangan asma…sampai seja di klinik tu terus doktor ‘pom’ mama…” bicara ibunya di talian.
“Ha??? Kena pom??....” Zahrah terkejut dengan cerita ibunya itu.
“..Iya, kena pom…yang pasang di hidung tu. Lepas tu ada asap-asap keluar..” ibunya menjelaskan lagi.
“Hahahaha….mak..mak…” Zahrah tergelak. Lucu pulak rasanya ibunya memanggil nebulizer itu sabagai ‘pom’.
Kemudian dia menyambung lagi, “Mak.…..itu namanya nebulizer. Dibagi masa pesakit kena serangan asma kalau datang klinik. Kalau di hospital pun sama. Maknanya betullah mak kena asma ni..” lembut sahaja bicaranya menjelaskan ‘pom’ yang dimaksudkan ibunya itu. Dia tak mahu ibunya terasa hati kerana dia mentertawakan bicara ibunya sebentar tadi.
“Ndak pernah mama sakit macam ni…macamanalah boleh dapat asma ni….” bisiknya dalam hati. Ada rasa risau teramat sangat yang terbuku dalam hatinya saat itu.
“ Oo..yaka…jadi yang asap-asap tu apa?” ibunya menyambung lagi dengan bertanya penuh minat.
“Yang asap-asap tu oksigen atau udara. Oksigen tu memang ada disimpan dalam tangki khas..” jelas Zahrah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh ibunya bagi menggantikan ‘medical term’.
“ Mama ada nampak botol kecil yang disambung dengan penutup hidung tu?” tanya Zahrah bagi menjelaskan lagi pada ibunya.
“Ada..dalamnya macam ada air-air sikit….” jelas ibunya lagi.
“ Ha….air-air tu lah ubat mak….dalam tu dia letak ubat, namanya Salbutamol…ubat tu disambung dengan oksigen supaya kita boleh sedut dengan bernafas..yang mama cakap asap-asap tu..itulah ubat..ubat tu fungsinya untuk kembangkan salur pernafasan mama yang sudah sempit..supaya mama senang bernafas lagi..” Zahrah bersungguh menjelaskan pada ibunya mengenai nebulizer tersebut. Dia mahu ibunya memiliki sedikit sebanyak pengetahuan yang dia perolehi sepanjang pengajiannya di perantauan sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Biarpun baru hanya sedikit setakat ini yang mampu dikongsikan dengan ibu bapa serta adik-beradiknya, tapi dia sangat bersyukur kerana boleh berkongsi ilmu dengan orang lain lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga sendiri.
“Oo….patutlah mama rasa ok sudah lepas tu…” ibunya akhirnya faham apa yang diterangkan olehnya tadi.
“ Iya mak…..tapi kita kena ingat, yang menghilangkan sakit tu adalah Allah..ubat adalah sebagai perantara dan ikhtiar kita seja..” bicara Zahrah dengan halus memperingatkan ibunya. Dia tidak mahu ibunya terlupa bahawa sakit dan kesembuhan itu semuanya datang dari Allah. Sekiranya manusia mengira bahawa ubat itulah yang sebenarnya memberi kesembuhan, risau akidah boleh tergugat. Nauzubillah.
“ InsyaAllah..mama ndak lupa jugak tu….Alhamdulillah Dia memberi kesembuhan...” pujian ke atas Allah di hujung bicara ibunya.
“InsyaAllah….insyaAllah…insyaAllah you’ll find the way…” bunyi telefon bimbit Zahrah membuatkannya tersedar dari imbauannya tentang perbualannya dengan ibunya tempoh hari. Risau di hatinya masih ada. Sedangkan baru malam semalam dia menghubungi ibu bapanya bertanyakan khabar mereka. Alhamdulillah mereka baik-baik sahaja.
“ Sapa pulak yang mesej ni…” bisiknya dalam hati. Dia mengesat air matanya sambil mengambil telefon bimbit yang diletakkannya di tepi bantal.
“ Hmm..ingatkan siapa…suka betul buat aku suspen la…” bebelnya dalam hati sambil memadam mesej promosi dari ‘Channel-X’ daripada Celcom.
Dia bingkas bangun menuju bilik air yang terletak di hujung bilik asrama itu.
“…Uwerkkhhhhh…………” hampir sahaja Zahrah termuntah. Dia cuba untuk mencabut tulang ikan yang masih terlekat di celah kerongkongnya. Rasa tajam yang menyucuk-nyucuk lehernya itu membuatkan dia tidak selesa.
“ Kenapalah kau mau melekat di situ wahai tulang ikan oii….…” bebelnya sendiri dalam bilik air.
“Aku ndak lah gelojoh sangat makan keropok lekor tu semalam..makan pun sekeping jak…macamanalah boleh lekat tulang ikan ni…” sambungnya lagi dalam hati.
Dia teringat kembali gurauan seseorang malam itu, “..Tulah, makan gelojoh sangat, kan dah tecekik tulang ikan…..” kedengaran ketawa kecil di hujung bicaranya.
Dia berusaha lagi mencabutnya. “ Uwerrkkhhhhhhhhhh…….uhukkk..uhukkk…hukk…” akhirnya Zahrah termuntah.
“Eeee……………..!!” geramnya dalam hati. Belum juga dia berjaya mencabut tulang ikan tersebut.
Dia menarik nafas panjang selepas membasuh mulutnya.
“Astaghfirullahalazim….kenapa aku mengeluh…ini baru sedikit sakit yang aku alami…ampunkan aku Ya Allah…” istighfarnya dalam hati. Terasa kesal pulak kerana mengeluh dengan ujian Allah yang baru hanya sekecil tulang ikan itu. Dia teringat pakcik-pakcik yang dirawat di dalam Wad Bendahara. Wad perubatan lelaki dimana tempat dia menjalankan praktikal ketika ini.
“ Pakcik-pakcik tu lagi besar ujiannya Zahrah..tapi sebilangan daripada mereka masih lagi boleh bersabar..” tiba-tiba Sufi berbisik padanya.
“ Ya Sufi…malu pulak rasanya aku pada Dia….astaghfirullahalazim…” ada kekesalan di hati Zahrah ketika itu kerana mengeluh dengan ujian yang kecil.
Dia melangkah keluar dari bilik air menuju meja ‘study’ nya. Dia mengambil ‘laptop’serta ‘boadband’nya. Dia teringat pesanan doktor yang ditemuinya semalam semasa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital tempat dia menjalankan praktikal ketika ini. Doktor tersebut menyarankan dia untuk membaca sendiri di internet mengenai masalah sebenar batuk yang dihidapinya sejak dua minggu yang lepas.
“Gulppp…..” Zahrah menelan air liur. Terasa macam terhenti jantungnya berdegup ketika itu melihat doktor menulis ‘TRO Pneumonia’ di salah satu ruangan pada borang X-Ray.
“ Nah, awak ambik borang ni..pegi X-Ray kat sebelah hujung tu..awak tau kan tempatnya?” tanya doktor tersebut sambil menunjukkan arah di luar bilik rawatan itu serta memberikan borang X-Ray tersebut.
“..Tau..tau….ok, terima kasih doktor..” dia segera mengambil borang tersebut dan keluar dari bilik itu. Cepat dia mengatur langkah mendapatkan dua orang rakannya, Hidayah dan Ita yang sedang menunggu di luar.
“Jom teman Zahrah pegi X-Ray….doktor suruh X-Ray ni..” dia mengajak kedua rakannya itu untuk menemaninya ke Jabatan Radiologi yang letaknya tidak jauh dari situ.
“Ha?? X-Ray??!...” serentak kedua rakannya itu bertanya. Terkejut mereka dengan pernyataan Zahrah sebentar tadi.
“Macam parah je bunyi nye tu…sampai kene X-Ray…” bicara Ita sambil mereka bertiga beriringan berjalan menuju ke Jabatan Radiologi yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan tersebut. Ada nada risau di hujung bicaranya.
“InsyaAllah takde apa-apa lah…jangan fikir bukan-bukan…” Hidayah menyedapkan hati mereka. Walaupun ada rasa risau di dalam hatinya.
“ Betul tu…mudah-mudahan tak ada apa-apa….” sambung Zahrah pada kedua rakannya itu sambil mengambil tempat duduk disebelah Ita selepas menyerahkan borang X-Ray di kaunter sebaik sahaja tiba di Jabatan Radiologi tersebut.
Bersambung……………………....(^_^)
nice... ada selingan info kesihatan dan medical term... keep it up kak...
ReplyDeletealhmdulillah...
ReplyDeletetq dik......^^,