Tuesday, June 22, 2010

Kekasih Hatiku.....


Kali ni ana nak share tentang KEKASIH ana, bleh? (ana taip huruf besar tu sebab terlampau sayang kat Dia!)..Penyayang sifatNya. Betul ni..ndak bohong bah! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa ana susah minta tolong jaklah dengan Dia, pasti akan datang bantuan. Bila susah hati, boleh terus mengadu kat Dia.

Apa yang paling best, bila mengadu kat Dia, terasa peace jak. For sure lah…KEKASIH kan….ish! beruntung betul lah dapat KEKASIH macam ni. Ndak pernah sakitkan hati lagi tu. Bila-bila masa je ana boleh contact Dia. Yang seronok tu, sebab betul-betul rasa dekat dengan hati ni! Ya la, cinta punya pasal kan.

Dia tak kisah pun kalau ana tak ingat Dia. Tapi rugilah ana, sebab kalau ana ingat dan contact Dia, sure macam-macam la yang ana dapat. KEKASIH ana ni…macam-macam ada!. Hubungi Dia tak perlukan bil, tak kiralah material ka, spiritual ka, emmm memang KEKASIH sejatilah tu. Bila rindu kat Dia, baca je ‘surat-surat cinta’ yang Dia bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalamnya, siap bagi contoh lagi tu semata-mata nak ana faham.

Kadang-kadang ana jeles jugak sebab memang ramai yang jatuh cinta dengan Dia. Jadi, ana pun kenalah usaha betul-betul bak kata orang putih, “what you give, is what you get back”. Jadi kena jugaklah usaha lebih lagi ni...”aja2 fighting!!”(^_^)

KEKASIH ana ni baik sangat-sangat. Perfect!! Tiada apa pun yang kurang. Tu yang kadang-kadang bila bangun tengah malam area pukul 2-3 pagi, ana sure akan contact Dia. Rindu laa….! Sebenarnya, KEKASIH ana ni kaya, millionaire, billionaire dan ntah apa-apa ‘naire’ lagi la. Semua keperluan hidup ana Dia yang support, free of charge. Tapi ana tak sedap hatilah..Jadi, mesti kena hargai apa yang Dia bagi tu. Sebab kalau ana bersyukur dan ingat Dia, nescaya Dia akan tambah lagi pemberianNya. Seronoknyaa…(^_^)

Dia suruh ana belajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Kalau boleh, belajar semua ilmu. Sebab KEKASIH ana ni sangat cerdik, bijaksana dan sewaktu dengannya. Dia kata, tanpa ilmu, setiap amal yang dilakukan adalah sia-sia! Dia pun tambah sayang kat ana kalau ana rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni..ermmm…sebenarnya ana belum pernah jumpa Dia lagi. Tapi KEKASIH ana ni dah janji suatu hari nanti mesti jumpa Dia. Sekarang ni ana tengah bersiap-sedialah dengan segala kelengkapan untuk bertemu dengan Dia. Sebab Dia kata, bila-bila masa je Dia jemput ana jumpa Dia. Yang pasti ana sendiri tak tau bila, hanya Dia je yang tau.

Daripada surat-surat cinta Dia yang ada tu, ana tahulah apa yang Dia suka, apa yang Dia tak suka. Mestilah ana nak buat apa yang Dia suka, so that, Dia makin sayanglah kat ana ni. Ndak apalah, berkorban sekarang, sebab Dia dah janji, siapa-siapa yang Dia sayang, Dia akan bagi HADIAH yang special yang tak pernah terfikir pun..hebatkan?? ish, rindu sangat dah ni!!

“KEKASIH..aku berjanji, aku akan pertahankan CINTA SUCI ini…walau nyawa digalang ganti, menggadaikan Cinta Agung ini, tidak sama sekali…walaupun tak pernah bersua, aku tetap bahagia..” Itulah KEKASIH ana…ALLAH SWT…CINTA AGUNGku….”


“Jika hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku adalah amat dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” [Al-Baqarah: 186]

“..Cintakan bunga, bunga kan layu..Cintakan manusia, manusia kan pergi..Cintakan Allah SWT, itulah yang abadi…..” (^_^)

3 comments:

Photobucket

Doa Mohon Istiqamah Dalam Taat & Beribadat

Doa Rasulullah SAW di akhir solat, sebelum salam:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari sebarang jenis dosa dan bebanan hutang.”


Doa memohon agar ditetapkan iman



يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”


Doa memohon agar terus beristiqamah



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.


Doa Mohon Tetapkan Pendirian



اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآَخِرَةِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, Teguhkan aku dengan perkataan yang teguh di dunia (La ilaha illallah) dan di akhirat (sewaktu disoal dalam kubur)


اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Photobucket

Followers


وَاصبِر نَفسَكَ مَعَ الَّذينَ يَدعونَ رَبَّهُم بِالغَدوٰةِ وَالعَشِىِّ يُريدونَ وَجهَهُ ۖ وَلا تَعدُ عَيناكَ عَنهُم تُريدُ زينَةَ الحَيوٰةِ الدُّنيا ۖ وَلا تُطِع مَن أَغفَلنا قَلبَهُ عَن ذِكرِنا وَاتَّبَعَ هَوىٰهُ وَكانَ أَمرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨

Maksudnya : “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”


Surah Al-Kahfi : 28



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ

Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Surah Al-Hujurat : 13


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٌ۬ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٍ۬‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”

Surah al-Hasyr : 18

Photobucket
Photobucket