Friday, March 25, 2011

Pasrah Segalanya


Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris

Sehingga terasa diri ini hina

Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup

Biarpun tiada siapa yang menemani

Keseorangan aku di lautan sepi

Ditinggalkan mereka yang aku percayai


Namun ku tahu ada hikmahnya

Setiap segala yang menimpa diri

Kuserahkan segala padaMu Tuhan

Yang Berkuasa jua Mencipta

Kerana Engkau Maha Mengetahui

Segala apa yang terbuku di hati


Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini

Terasa bagai noktah telah kutemui

Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku

Bekalkanlah daku dengan limpahan iman

Agar tabahku menghadapi dugaan

Agar tidakku berhenti di pertengahan


Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci

Agar terbitlah kembali mentari pagi

Setelah malamku berkalut benci


Friday, March 18, 2011

Aku Jutawan!

Disebabkan oleh jangka hayat iblis begitu panjang, sudah pastilah iblis mempunyai pengalaman yang cukup luas bagi memperdaya dan menyesatkan manusia. Mereka memiliki 1001 strategi dan teknik bagi menyesatkan manusia, bergantung kepada keadaan manusia itu.

Kepada seorang jutawan harta, mereka membisikkan kata-kata seperti:

· Kau memang unggul. Kau berhak mendapatkan status jutawan kerana kau kuat berusaha, kreatif dan inovatif. Bijak mengoptimumkan sumber yang ada.” Bisikan seperti ini menjadikan jutawan itu sombong dan merasakan dirinya hebat.

· Bersedekahlah banyak-banyak bagi menunjukkan keprihatinan kau kepada orang miskin, supaya dicontohi oleh orang lain. Kau juga akan digelar jutawan yang dermawan.” Bisikan seperti ini menjadikan jutawan menunjuk-nunjuk perbuatannya bersedekah. Padahal sedekah yang dilakukan dengan menunjuk-nunjuk tidak ada nilainya disisi Allah.

· Jangan bersedekah kerana perbuatan itu mengurangkan harta kau.” Akhirnya orang kaya terus-menerus menumpuk harta kekayaan bagi dirinya sendiri.

Orang-orang kaya juga disarankan oleh syaitan supaya mengadakan konsert amal. Para penyanyi dijemput menjayakan konsert itu. Sedangkan menurut Ibnu Qayyim, perbuatan seperti itu dapat merosakkan hati. Katanya, “ Ada antara mereka (orang kaya) mengeluarkan wang menjemput penyanyi. Orang-orang miskin dijemput bagi mendengar nyanyian sambil menikmati jamuan makanan. Perbuatan seperti ini boleh merosakkan hati mereka.”

Bagaimanapun, hal ini tidaklah bermakna salah sekiranya bergelar jutawan. Sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abdul RAhman bin Auf adalah seorang peniaga yang berstatus jutawan. Sahabat yang juga menantu baginda bernama Usman bin Affan, juga seorang jutawan. Kedua-duanya sudah dijamin oleh Rasulullah SAW masuk syurga. Walaupun banyak harta, mereka tidak sombong sebaliknya bersedekah dan keyakinan mereka terhadap Allah sangat tinggi.

Kepada jutawan ilmu, syaitan membisikkan kata-kata yang cuba menggugat keikhlasan mereka dalam menuntut ilmu dan seterusnya beramal. Biarpun ilmu itu sendiri dapat melindungi diri daripada hasutan syaitan, tetapi hal itu tidak menjamin individu kekal dan selamat daripada gangguan syaitan.

Jutawan amal juga diuji. Mereka cuba disesatkan oleh syaitan dengan cara mempersoalkan keikhlasan dan ketulusan mereka dalam beramal. Kata syaitan, “kau manusia terpilih dan berhati mulia. Tidak ramai orang yang sanggup berkorban menjadi sukarelawan seperti kau. Kau rela tidak dibayar gaji dan elaun, malah terpaksa pila keluar duit sendiri. Kau memang hebat!”

Seorang lelaki yang taat kepada Allah bernama Abdul Kadir al-Jailani member nasihat, “Orang yang mengEsakan Allah (teramsuk ikhlas kerana Allah) akan menyakiti syaitannya. Orang yang menyembah selain Allah, akan disakiti oleh syaitannya. Keikhlasan adalah perkara penting dalam ucapan dan perbuatan. Sekiranya keikhlasan tidak wujud dalam hati seseorang, amalannya tidak ubah seperti kulit tanpa isi, sedangkan kulit itu hanya layak bagi api neraka.”

Semoga kita terhindar dari hasutan syaitan laknatullah….jadilah JUTAWAN BERIMAN

Wallahu’alam..

Wednesday, March 2, 2011

Istikharah Cinta..


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

di istikharah Cinta..

Photobucket

Doa Mohon Istiqamah Dalam Taat & Beribadat

Doa Rasulullah SAW di akhir solat, sebelum salam:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari sebarang jenis dosa dan bebanan hutang.”


Doa memohon agar ditetapkan iman



يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”


Doa memohon agar terus beristiqamah



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.


Doa Mohon Tetapkan Pendirian



اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآَخِرَةِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, Teguhkan aku dengan perkataan yang teguh di dunia (La ilaha illallah) dan di akhirat (sewaktu disoal dalam kubur)


اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Photobucket

Followers


وَاصبِر نَفسَكَ مَعَ الَّذينَ يَدعونَ رَبَّهُم بِالغَدوٰةِ وَالعَشِىِّ يُريدونَ وَجهَهُ ۖ وَلا تَعدُ عَيناكَ عَنهُم تُريدُ زينَةَ الحَيوٰةِ الدُّنيا ۖ وَلا تُطِع مَن أَغفَلنا قَلبَهُ عَن ذِكرِنا وَاتَّبَعَ هَوىٰهُ وَكانَ أَمرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨

Maksudnya : “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”


Surah Al-Kahfi : 28



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ

Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Surah Al-Hujurat : 13


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٌ۬ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٍ۬‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”

Surah al-Hasyr : 18

Photobucket
Photobucket