Wednesday, January 27, 2010

Patah mungkin tumbuh….

Tiga perkara sudah dijanjikan Allah SWT yang tertulis di Lohmahfuz atas kesemua umat manusia adalah rezeki, jodoh dan ajal. Perjanjian ini akan terlaksana tanpa sedetik pun lewat apabila tiba masanya. Usahkan ribut, taufan sekali pun tidak boleh mengganjakkan janji ini. Hanya doa yang mampu kita pinjam sebagai pena untuk mencoret kepada kisah pengakhir janji Tuhan itu. Tiadalah daya kita mempersoalkan apa yang diatur olehNya yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Kita didatangkan sebagai selemah-lemah kejadian dengan seberat-berat tanggungan.

“..Dan diciptakanNya manusia itu dalam keadaan lemah.” [Surah an-Nisaa : 28]

Berdoalah wahai manusia kerana itu saja senjata yang kita ada dalam menangani janji dan sumpah Allah SWT. Dia Maha Mendengar dan Dia lebih tahu apa yang kita perlu daripada apa yang kita mahu. Biar separah mana pun luka merobek hati kita, berdoalah. Allah SWT Maha Mendengar. Biar sedalam mana pun luka yang tertoreh, berdoalah kerana Allah SWT Maha Memahami hati hambaNya.

“..(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” [Surah ar-Rad : 28]

Perginya seorang insan menghadap penciptaNya adalah satu episod baru baginya. Berat dan besar beban yang dibawa bergantung bagaimana dia menikmati nikmat umur yang Allah SWT pinjamkan untuk tempoh yang sudah ditandatangani tanda setuju sejak di dalam rahim ibu lagi. Sedangkan kita yang masih berpeluang menghirup udara segar, tanpa sedar terus meratapi dan mempersoalkan kenapa insan yang mungkin kita agungi itu dijemput, sedangkan kita masih belum mahu menghantarnya. Kita lupa bahawa kita juga akan ke sana bila tiba giliran yang ditetapkan. Apa cukup bersediakah kita hingga kadang-kadang kerana terlalu mengikutkan pedihnya hati yang kehilangan, ada antara kita yang terlepas kata ingin menurut jejak insan tersayang yang pejam buat selamanya. Jangan dicabar kerja Tuhan…

Hari ini kita bertemu…

Hari esok belum tentu…

Hari ini kita bersatu…

Hari esok Tuhan yang tahu…

Selamat jalan sahabat…

Selamat jalan perwira…

Selamat jalan ibu…

Selamat jalan ayah…

Selamat jalan siapa pun di sana…

Satu waktu, aku akan menyusul jua…

.::Diari Sufi::.

Thursday, January 14, 2010

Kisah sebuah permulaan..

Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan hari-hari yang bakal kita lalui, belum tahu pahit manis yang menanti kita sebagai hambaNya. Kenapa harus dimulakan dengan doa? Kenapa mesti disudahkan juga dengan doa? Satu persoalan yang kadang-kadang sengaja kita lupakan. Doa itu bekal, doa itu senjata. Mana mungkin kita hamba yang lemah mampu mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang nabi dan para rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan lemah yang hina dina ini. jangan sombong dengan Khalik (Pencipta).

“…Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu (berdoa) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”

[Surah al-Mukmin : 60]

Berlabuhnya malam, bersua Subuh berwajah fajar, isyrak menyapa disambut duha. Itu salah satu peraturan yang diatur Allah SWT tanpa gagal dan tanpa cela. Peraturan yang sempurna ini alangkah indahnya, jika dimulakan dengan doa pembuka. Bukan susah malah jauh sekali sukar. Hanya bibir yang perlu memainkan peranan. Sekelumit mengingatiNya, selaut kerahmatan dijanjikanNya. Ya Allah, betapa Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Cuma hambaMu yang seakan lupa diri hingga terpinggir dari kasih dan rezekiMu. Sedangkan Allah SWT lebih dulu memperingatkan hambaNya, bahawa Dia sentiasa ada untuk kita. Bergantunglah sepenuh hati padaNya kerana demi sesungguhnya Dia tidak pernah jauh.

“…Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

[Surah al-Baqarah : 186]

Photobucket

Doa Mohon Istiqamah Dalam Taat & Beribadat

Doa Rasulullah SAW di akhir solat, sebelum salam:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari sebarang jenis dosa dan bebanan hutang.”


Doa memohon agar ditetapkan iman



يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”


Doa memohon agar terus beristiqamah



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.


Doa Mohon Tetapkan Pendirian



اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآَخِرَةِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, Teguhkan aku dengan perkataan yang teguh di dunia (La ilaha illallah) dan di akhirat (sewaktu disoal dalam kubur)


اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Photobucket

Followers


وَاصبِر نَفسَكَ مَعَ الَّذينَ يَدعونَ رَبَّهُم بِالغَدوٰةِ وَالعَشِىِّ يُريدونَ وَجهَهُ ۖ وَلا تَعدُ عَيناكَ عَنهُم تُريدُ زينَةَ الحَيوٰةِ الدُّنيا ۖ وَلا تُطِع مَن أَغفَلنا قَلبَهُ عَن ذِكرِنا وَاتَّبَعَ هَوىٰهُ وَكانَ أَمرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨

Maksudnya : “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”


Surah Al-Kahfi : 28



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ

Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Surah Al-Hujurat : 13


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٌ۬ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٍ۬‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”

Surah al-Hasyr : 18

Photobucket
Photobucket