Slot pertama program tersebut sudah membuat ana tertarik dengan cara pendekatan urusetia kali ini. bagi ana ia satu modul ta’aruf yang unik. Dalam masa yang singkat, semua peserta yang datang dari berbagai IPT & IPTS, berlainan negeri, dan sudah semestinya dengan loghat masing-masing, dapat berkenalan di antara satu sama lain pada malam itu.
Masuk hari kedua program, seperti biasa ia bermula dengan aktiviti qiyamullail dan seterusnya solat subuh dan kuliah subuh selepas itu. Dalam pengisian kuliah subuh kali ini, Ustaz Ilyas mengupas tentang aqidah muslim.
Seterusnya selepas menikmati rezeki Allah SWT pada tengahari itu, peserta dihaidangkan pula dengan kuliah daripada Dr. Yaacob bin Haji Yusoff Awang dengan tajuk “Satu Pasukan – Satu Kekuatan”.
Firman Allah SWT bermaksud : “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang (berjuang) pada jalan Allah dalam keadaan satu saf seperti bangunan tersusun kukuh.” [Surah As-Saff : 4]
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “ ‘Tangan’ (pertolongan / sokongan ) Allah bersama jemaah.”
Saidina Ali KM : “ Gerakan Islam yang rapuh (walau pun benar) mudah dikalahkan oleh kekuatan musuh yang tersusun walau pun batil/ kufur.”
Berdasarkan ayat-ayat di atas, jelaslah di sini bagaimana perlunya kita berjemaah dalam bergerak menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.
Pernah kah kita memerhatikan angsa terbang? Apa kaitannya pulak? Mesti kita tertanya-tanya kan…
Kalau kita perhatikan angsa yang sedang terbang, jarang sekali kita melihat ia terbang bersendirian..betul tidak? Ya..
Angsa akan terbang dalam kawanannya dan membentuk satu formasi berbentuk ‘V’. Ini kerana kekuatan untuk mengibarkan sayap mereka adalah 72% lebih tinggi berbanding terbang bersendirian. Jika diperhatikan juga, apabila salah seekor angsa daripada kawanan angsa yang terbang ditembak atau jatuh, beberapa ekor angsa akan turun untuk melihat dan menunggu angsa tersebut.
Apa yang dapat kita lihat disini ialah pada makhluk lain ciptaan Allah juga telah ditunjukkan sendiri bagaimana pentingnya berjemaah. Jadi kita sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan keistimewaan akal dan fikiran ini haruslah bijak mentafsir dan meneliti setiap kejadian yang Allah ciptakan…(“,)
Program ini diteruskan lagi dengan berbagai slot yang menarik selepas itu dan melabuhkan tirainya pada petang 4 Rabiul Akhir 1431H bersamaan 20 Mac 2010. Majlis Perasmian Penutupan pagi itu disempurnakan oleh YB Hj Abdul Fattah Bin Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan.
Dalam kehidupan kita sebagai dai’e yang memeperjuangkan agama Allah haruslah bijak mengatur langkah menghadapi cabaran dunia pada hari ini. Kerana sedikit kesilapan boleh membuatkan kita tersadung dan mungkin akan tersembam ke tanah kalau tiada sahabat yang memegang tangan kita.
Penyokong dan pendokong adalah dua perkara yang berbeza. Berapa ramai manusia pada hari ini tahu berkata-kata tapi tidak melaksanakannya. Berapa ramai yang tahu bercakap tentang perjuangan. Tapi bila diri dipilih oleh Allah SWT untuk berjuang, seribu satu alasan diberikan..Ramai umat Islam hari ini juga yang membawa Islam, tapi bukan memperjuangkan Islam..
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih..tepuk dada tanya iman...
Antara cabaran umat Islam masa kini adalah :
1. Masalah iman
2. Ghazwatul –fikri (perang pemikiran)
3. Perubahan dasar dalam politik, sosial dan moral
Kesan :
1. Kerosakan akhlak
2. Menghancurkan fikrah
3. Melarutkan keperibadian
Fitnah dunia tidak akan pernah surut atau terhenti selagi wujudnya penghidupan di atas muka bumi Allah SWT ini. Janji iblis dan syaitan bahawa kesesatan anak Adam adalah janji yang tidak akan dimungkiri malah menjadi satu misi yang begitu ampuh bagi mereka.
“…Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka.” [Surah Shaad : 82-83]
Oleh yang demikian, kita selaku golongan yang menjadi sasaran seharusnya lebih bijak dan kuat dalam menentang segala halangan yang dihampar dan berdiri teguh atas paksi keimanan untuk membentangi diri dari lemas dalam tipu daya mereka yang cukup hebat dan bijak. Dengki, hina-menghina dan mengadu-domba selalu menjadi antara penca dalam persaudaraan umat manusia.
“ Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah pula wanita-wanita menghina wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman (seperti hai fasiq, kafir dan lain-lain) dan barangsiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” [Surah al-Hujarat : 11]
Sebagai manusia yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan lain, berbaliklah kepada Allah SWT untuk setiap sesuatu baik yang buruk mahupun sebaliknya. Allah Maha Bijaksana dan Dia sajalah yang mampu menilai hambaNya tidak kira sesumbang mana irama yang dilagukan, Allah Maha Mengerti.
“…Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berserah.” [Surah al-Insyirah : 5-8]
Semoga kita semua ditetapkan iman dalam urusan memperjuangkan agama Allah WST. Teruslah berdoa tanpa jemu kerana doa memang untuk kita. Wallahu’alam….(^_^)
No comments:
Post a Comment