Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Tertunduk ana mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat ana, hambaNya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan masih compang-campingnya ini. Namun kurnia Allah SWT tidak pernah pula ada surutnya buat ana yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan dorongan ilham.
Khalifah, satu nama yang dinobatkan buat umat manusia yang beriman menjadi satu bukti tak terbantah, bahawa kita datang ke dunia bukan semata-mata untuk hidup dan kemudiannya mati. Di pertengahan pengembaraan yang Allah SWT ciptakan ini, ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Begitu juga adanya ujian yang perlu dilalui tanpa kita tahu jawapannya. Namun hikmahnya percaturan ini mungkin masih lagi kita tafsirkan sebagai tersirat bilamana kita yang dibekalkan dengan seribu satu macam dugaan dan amanah ini, diciptakan pula dalam keadaan serba lemah dan kekurangan. Malah tidak ada seorang pun yang sempurna melainkan nabi-nabi Allah SWT.
Pada empat hari yang lepas telah diadakan kem kepimpinan yang menghimpunkan saf-saf kepimpinan dari IPT dan IPTS seluruh negeri Kelantan. Melihat kepada cabaran umat Islam yang semakin mencabar pada masa kini, Markaz Siswazah Kelantan menghimpunkan pimpinan dari setiap kampus yang merupakan generasi muda yang bakal memegang tampuk pemerintahan akan datang.
Ana mengucapkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana memilih ana untuk hadir dalam program ini. Fitrah kita sebagai manusia atau secara khususnya yang bergelar pelajar memang sering di uji dengan masa.
Dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” [Surah al-‘Asr : 1-3].
Dengan ‘assignment’ yang masih banyak belum disiapkan, 'final exam' pula semakin hampir, masih banyak buku yang belum ditelaah, dan kebetulan program tersebut diadakan sehingga hari Sabtu yang merupakan hari kuliah di kampus ana membuatkan ana berfikir panjang untu menyertai program tersebut.
“Takkanlah aku mau ponteng kelas pulak….ruginya kalau terlepas biarpun satu kelas..hmmm..macamana ni ya…..??” ana berfikir sejenak.
Pada waktu itu ana dan sahabat-sahabat baru sahaja selesai meguruskan program sambutan Maulidur Rasul peringkat kolej.
“Balqis, kamu kena ikut jugak…ustazah nak kamu bagi ustazah senarai nama muslimat yang pegi kem tu nanti..” Ustazah Syila bersuara ketika kami selesai mengemaskan barang-barang yang digunakan semasa jamuan sambutan Maulidur Rasul tadi.
“Macamana ni…………….??” otak ana terus ligat berfikir.
“Pegi balqis, Allah memilihmu…ingat! kamu bukan sendirian…ada yang sentiasa bersama-sama mu..” terdengar satu bisikan. Rupanya itulah hati yang berbicara.
Lantas ana teringat firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” [Surah Muhammad : 7].
Ana tersenyum. Dalam hati, ana berkata, “...innallah ha ma ana..”. Kemudian ana segera balik ke hostel untuk bersiap kerana petang itu juga pendaftaran program tersebut.
Begitulah bagaimana sampai masanya hati kita akan diuji dalam perjuangan memperjuangkan agama Allah SWT. Itu baru dengan sedikit ujian yang kecil sahaja, hati kita sudah goyah. Apatah lagi diuji dengan bebagai ujian yang berat yang belum tentu kita mampu menghadapinya. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui apakah ujian yang terbaik untuk hambaNya.
Dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” [Surah al-Baqarah : 286].
Ayat ini jugalah yang sering kita lafazkan dalam bacaan al-Mathurat sehari-harian setiap selepas solat subuh dan asar. Namun berapa ramaikah yang beriman dengannya? Tiba saat diuji, lidah lantas berkata, “Kenapalah aku diuji dengan ujian seberat ini….?”.
Bukankah seeloknya keluhan itu kita gantikan dengan berdoa, “Ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan menghadapi segala ujian dariMu..hanya Engkau Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaMu..amin…”.
Bersambung………....
No comments:
Post a Comment